Tuesday, 27 October 2015

Mayat Dibuang Di Cyberjaya

ROSSHIDA MATI DICEKIK DI TERENGGANU, MAYAT DIBUANG DI CYBERJAYA


Adakah betul kata orang cemburu boleh buat orang jadi gila iaitu hilang akal. Mayat dicampak ke dalam kawasan belukar di bawah jambatan susur keluar Putrajaya ke Pulau Meranti. Itu sebenarnya yang berlaku kepada Rosshida Abdullah, 30, juruwang restoran yang mayatnya ditemui oleh orang awam pada Rabu lalu. Suspek yang dipercayai tunang mangsa dikatakan tekad melakukan perbuatan itu kerana cemburu dengan kehadiran orang ketiga dalam hubungan mereka. 
       Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar yang mengesahkan perkara itu berkata, mangsa bersama suspek ketika itu dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Kelantan dari ibu negara. Namun, dalam perjalanan kedua-dua mereka dipercayai bertengkar mengenai orang ketiga dan menuduh mangsa keluar dengan lelaki lain sehingga suspek mencekik mangsa sehingga mati di satu kawasan dekat Penarik, Terengganu. Disebabkan mangsa yang telah meninggal dunia, suspek mengambil keputusan berpatah balik dari Penarik ke ibu negara, namun setibanya di Cyberjaya, suspek mencampakkan mayat mangsa dari jambatan tersebut.
       Rabu lalu, mayat Rosshida ditemui orang ramai dalam keadaan tertiarap lengkap berpakaian di bawah jambatan di Cyberjaya kira-kira pukul 5 petang. Selain itu, ditemui bersama mayat ialah beg tangan, kad pengenalan dan sekeping nota bertaip yang antara lain menceritakan masalah dihadapi termasuk tekanan kerana diburu along akibat berhutang sebanyak RM50,000. Selepas penemuan mayat itu, polis menahan seorang lelaki yang dipercayai tunang Rosshida di Cyberjaya semalam bagi membantu siasatan dan suspek yang berasal dari Kota Bharu mengaku mencampakkan mangsa di tempat kejadian.
       Pada pendapat saya, orang seperti ini perlu ada pemikiran yang tenang dan kesabaran yang banyak. Ramai di luar sana yang mengalami masalah begini dan juga dari aspek lain. Mereka haruslah dikaunseling setiap kali kerana kaunseling boleh meyedarkan mereka dan membuat mereka berfikir antara yang baik dan buruk. Tidaklah berkelakuan yang negatif dan yang mencederakan orang lain.

Tuesday, 20 October 2015

Masalah Kemurungan Remaja

Kita semua tahu bahawa ramai remaja belasan tahun yang mempunyai putaran emosi yang tidak menentu. Satu ketika mereka kata mereka sayangkan anda dan dua minit kemudian, mereka mungkin mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak pernah anda dengar kepada anda atau kepada kawan-kawan mereka di telefon. Tidak kira jantina, remaja awal belasan tahun dan remaja belasan tahun terdorong untuk mengalami mood yang tidak menentu ini. Dalam kemuncak luahan emosi yang serius daripada anak-anak remaja anda kerana pakaian yang bersepah di lantai biliknya, anda mungkin tertanya-tanya adakah dia berkelakuan begitu kerana dia mengalami kemurungan.
Perasaan murung hampir selalunya menjadi tidak terkawal, pada sesiapa sahaja pun. Contohnya, jika anda berasa murung mengenai wang dan anda perasan bahawa anda berasa murung, anda boleh mandi air panas dan minum segelas wain untuk menggembirakan diri anda. Tetapi pada remaja, ia lebih sukar daripada itu. Masalah mereka biasanya kelihatan terlalu besar dan terlalu sukar bagi diri mereka. Harapan dan impian mereka menjangkau lebih tinggi daripada awan dan jika mereka diberitahu bahawa mereka tidak cukup bagus untuk mencapai matlamat mereka, ini boleh membuatkan mereka berasa tidak berguna, putus asa, sedih, murung dan lumpuh emosi.

Seringkali, kemarahan adalah emosi yang menemani kemurungan. Perasaan marah boleh hilang dan muncul semula kemudian. Ia adalah sesuatu yang datang dan pergi, tetapi bagi perasaan murung, ia biasanya kekal selama beberapa hari, minggu, bulan atau tahun. Adalah penting bagi seseorang itu membuang perasaan ini secepat mungkin. Kadang kala, perasaan ini terlalu dalam hinggakan ia menjejaskan aspek-aspek kehidupan yang lain. Pelajaran mereka terjejas, mereka mula kehilangan kawan dan memberi kesan negatif kepada sesiapa sahaja yang mereka jumpa dalam kehidupan seharian mereka. Ini membuatkan hidup mereka lebih murung daripada sebelumnya, dan memburukkan lagi keadaan. Sebagai ibu bapa, kita haruslah sentiasa memerhatikan tingkah laku yang aneh ini. Jika kemurungan dibenarkan tinggal lebih lama, ia boleh diklasifikan sebagai ‘kemurungan’.

Secara amnya, terdapat tiga jenis kemurungan. Satu jenis ialah yang dipanggil kemurungan major. Seorang kanak-kanak yang mengalami major depression tidak berupaya merasa keseronokan atau kebahagiaan. Dia sentiasa merasa seperti dunia ini sentiasa menentangnya. Tidak kira apa yang anda lakukan, anak anda akan terus berapa sedih dan murung. Jenis kemurungan ini kekal lama dan boleh menjejaskan kanak-kanak ini pada setiap jam setiap hari. Ini menyebabkan tinggal dengan mereka agak membimbangkan.


     Satu lagi jenis kemurungan dipanggil dysthymia. Apabila seorang kanak-kanak merasa sedih dan murung dan kemudian gembira secara bertukar ganti sepanjang satu tempoh masa tertentu seperti satu tahun contohnya, anak anda mungkin mengalami dysthymia. Kebiasaannya, kemurungan jenis ini mudah diubati dan ibu bapa boleh membantu anak-anak mereka merasa bahawa ada lebih lagi dalam hidup ini daripada perkara-perkara menyedihkan yang dialami mereka. Biasanya, remaja merasa bahawa masalah mereka tidak boleh diselesaikan dan mereka sentiasa berenang melawan arus. Dengan membantu mereka memahami gambaran sebenar dan memberikanmereka harapan dapat membantu menyelesaikan masalah ini dengan mudah.

     Jika anda akhirnya telah dapat tahu mengenai kesalahan atau tabiat buruk yang cuba disembunyikan oleh anak anda, jangan cuba memburukkan keadaan dengan berpura-pura bahawa ia adalah perkara kecil. Memang benar, anda tidak mahu mereka merasa lebih teruk dengan memperbesar-besarkan perkara itu, tetapi dengan berpura-pura bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan akan hanya menghantar mesej bahawa apa yang mereka rasakan itu adalah bodoh dan hanya membuang masa anda sahaja.

     Anda seharusnya meluangkan lebih masa dengan anak remaja anda, berbual-bual dan menganalisa perkara-perkara yang mengganggu fikiran mereka. Dia seharusnya dibenarkan bercakap lebih banyak dan anda sepatutnya menjadi pendengar. Jangan berpura-pura bahawa masalah ini akan hilang begitu sahaja. sedarlah bahawa ia adalah satu halangan dan beritahu dia bahawa anda sentiasa bersamanya untuk mengatasi masalah ini. Anda sendiri tidak seharusnya berasa murung. Mengetahui bahawa anak anda mengalami kemurungan boleh membuatkan anda murung, dan anda akan tertanya-tanya adakah itu silap anda. Kuatkan semangat untuknya semasa dia cuba mengenalpasti jalan penyelesaiannya. Ini bukan salah sesiapa dan ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Beritahu dia berulang kali bahawa anda sentiasa di sisinya apabila dia memerlukan anda, dan jangan jemu berkata demikian. Jika dia tidak memperdulikan anda, teruskan memberitahunya bahawa anda bersedia membantunya. Lama-kelamaan mesej ini akan masuk juga ke kepalanya. Tetapi berhati-hatilah supaya tidak masuk campur dalam kehidupannya.

     Salah satu cara menangani kemurungan ialah dengan membuatkan seseorang yang murung itu merasa bahawa perasaan mereka penting kepada orang lain, terutamanya kepada seseorang yang menyayangi dan mengambil berat tentang mereka. Ini termasuklah ibu-ibu dan bapa-bapa.

Kes Buli Di Malaysia Menyebabkan Kanak-kanak/Remaja Kes Bunuh Diri


     Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.

Disember 2013 – Kisah yang paling menggemparkan berlaku pada tahun lalu sekitar 13 Disember 2013 melibatkan seorang pelajar pelajar lelaki Maahad Tahfiz Kok Lanas yang dikatakan menggantung diri dengan keadaan separuh bogel(tidak berseluar) di dalam tandas asrama. Menurut laporan polis, mayat dijumpai oleh penyelia asrama, Zul Atfi Mohamad, ketika beliau membuat rondaan sekitar asrama sebelum terhidu bau busuk di tandas di tingkat bawah. Walaubagaimanapun, pihak polis mengklasifikasikan tragedi ini sebagai mati mengejut dan punca sebenar masih tidak diketahui.

Februari 2014 – Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun maut selepas meminum sebotol racun serangga dipercayai akibat tertekan kerana sering dibuli di sekolahnya. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 malam tadi, mangsa, T. Kavinraj mati ketika menerima rawatan di sebuah klinik selepas meminum racun yang disimpan di dalam tandas di rumahnya di Seksyen 6, Bandar Rinching, Semenyih. Menurut ibu si mangsa, B. Thanamalar, 43, berkata mendiang T. Kavinraj sebelum ini sering mengadu dibuli rakan-rakan sejak mula mendaftar sebagai pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Bandar Rinching pada Januari lalu.
     
    Buli di media sosial turut menjadi satu isu baru-baru ini dengan ejek-mengejek dan menghina seseorang individu di laman tersebut. Buli kepada wanita juga menjadi-jadi kebelakangan ini. Menurut portal berita tempatan, seorang peserta wanita bagi peraduan mencari angkasawan kedua negara Axe Apollo Malaysia telah dibuli di laman Facebook dan rata-ratanya memberikan komen berunsur seksis dan memperkecilkan kebolehan wanita.
    Kes buli di sekolah telah menimbulkan suasana yang tidak selamat di sekolah. Hampir setiap hari di setiap sekolah di serata dunia akan menghadapi masalah dalam mendisiplin pelajar-pelajar mereka. Di Malaysia, kita boleh lihat sendiri gejala buli berlaku dalam sesebuah komuniti. Kes buli ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat khususnya ibu bapa.
    Teringatkah anda peristiwa kematian pelajar , setelah koma lapan hari akibat dibelasah sekumpulan remaja berhampiran sekolah di Cheras gara-gara berebut kekasih, pada tahun 2009. Hancur luluh lagi kerana kita sering mendengar berita demikian dan kes buli tidak ditangani dengan sewajarnya hingga kini.
     Siapa yang patut bertanggungjawab terhadap masalah buli yang berlaku kepada remaja dan juga kanak-kanak? Ibu bapa? Pihak sekolah? Peranan ibu bapa dan guru-guru amat penting untuk memantau kawan-kawan kepada anak-anak mereka dan memastikan mereka tidak terjebak dengan geng buli. Guru-guru harus membantu memberitahu ibu bapa jika ada yang tidak kena. Ini kerana di sekolah anak-anak kita berkelakuan tidak sama di rumah. Kalau di rumah, pijak semut pun tak mati maka menyebabkan ibu bapa tidak mempercayai jika ada anak-anaknya terlibat dengan kes buli. Bila ditanya pada anak-anak yang terlibat maka alasan seperti kesibukan ibu bapa yang mengabaikan mereka.

JENIS-JENIS BULI

Buli fizikal – Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan. Paling ganas boleh menyebabkan kematian.


Buli mental – Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli. Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah.

Saturday, 3 October 2015

Gejala Sosial Di Kalangan Remaja Kini



   Pertama sekali, saya sedih sangat bila melihat berita gejala sosial zaman sekarang yang begitu serius yang harus diberi perhatian. Ini terutamanya, begitu penting bagi setiap ibubapa atau penjaga dan juga guru-guru sekolah pada masa kini.


   Bukan nak cakap semua ibubapa tidak bertanggungjawab atau tidak prihatin, tetapi pada pendapat saya, masalahnya bermulanya daripada mereka. Remaja membesar melalui ibubapa yang dari awal jejak kaki mereka hinggalah ke satu peringkat remaja sehingga kini.

   Saya nak highlight dekat sini, setiap tingkah laku ibubapa, cara percakapan mereka, cara mereka menyelesaikan sesuatu masalah dalam keluarga, cara mereka mendidik melalui pelajaran dan juga moral dan sebagainya. Memang banyak boleh dikatakan yang positif, tetapi bukan sekadar senaraikan sahaja bahkan, setiap perkara tersebut adalah satu inspirasi bagi setiap remaja.

    Contoh yang saya nak bagi kat sini, cara ibubapa hormat kepada orang tua, cara mereka berbual dengan rakan mereka, dan perkataan yang digunakan dan juga cara mereka berkelakuan di dalam dan di luar rumah.

     Dari segi Ibubapa, mereka sejak awal lagi mengajar dan membezakan kepada anak-anak mereka antar kebaikan dan keburukan. Maka, semakin anak mereka membesar, setiap kali menjadi "role model" mereka dan menjejaki mereka selalu dalam setiap detik anak mereka. tidak merasakan mereka merasa bersendirian dan tidak diberi perhatian. Ini yang menyebabkan mereka melangkah ke peringkat mendengar kepada rakan mereka dan mengikut jejak rakan mereka. Dari awal lagi ibubapa harus mengetahui rakan-rakan anak mereka. Biarlah ibubapa menjadi kawan sendiri kepada anak mereka. Bukan seluruh masa begitu, setiap situasi ialah berbeza untuk perhatikan mereka.

    Kepada ibubapa yang suka sangat mengawal anak-anak mereka seperti tidak percaya, tidak memberi mereka keluar dengan rakan, terlalu garang dan fokus kepada pelajaran mereka setiap saat, ini semua menyebabkan remaja stress dan akan memulakan langkah mereka ke gejala sosial. Contohnya, keluar pada waktu malam, ponteng sekolah dan lepak dikawasan luar sekolah, mencuba perkara-perkara yang negatif, menunjukkan kemarahan remaja pada remaja lain atau pelajar lain. Guru sekolah tidak begitu boleh mengawal perkara ini kerana remaja kini sanagt tidak beradab kepada yang terlibat dalam gejala sosial ini. Membuatkan guru sekolah senyap terus dengan bahas yang diperkatakan oleh remaja sekolah itu apabila ditegur.

    Isu-isu sosial yang sebahagian daripadanya melibatkan golongan Orang Kurang Upaya, wanita, remaja dan kanak-kanak yang tidak lari dari terjerumus dalam kancah gejala sosial ini. Jadi, ini cuma pendapat saya dari segi pengalaman saya yang pernah lalui. Kejadian salah laku pelajar seperti bergaduh, menyerang, membunuh, membakar sekolah kerap dipaparkan di muka akhbar dan ditelevision. 

    Kehadiran gejala sosial ini sama dengan perkembangan kemajuan negara dan memberi implikasi besar kepada kesejahteraan hidup individu masyarakat dan negara. Harap gejala sosial ini akan berkurang, dan manusia dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk untuk kehidupan yang lebih baik dan masa depan yang cerah.