Tuesday, 20 October 2015

Masalah Kemurungan Remaja

Kita semua tahu bahawa ramai remaja belasan tahun yang mempunyai putaran emosi yang tidak menentu. Satu ketika mereka kata mereka sayangkan anda dan dua minit kemudian, mereka mungkin mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak pernah anda dengar kepada anda atau kepada kawan-kawan mereka di telefon. Tidak kira jantina, remaja awal belasan tahun dan remaja belasan tahun terdorong untuk mengalami mood yang tidak menentu ini. Dalam kemuncak luahan emosi yang serius daripada anak-anak remaja anda kerana pakaian yang bersepah di lantai biliknya, anda mungkin tertanya-tanya adakah dia berkelakuan begitu kerana dia mengalami kemurungan.
Perasaan murung hampir selalunya menjadi tidak terkawal, pada sesiapa sahaja pun. Contohnya, jika anda berasa murung mengenai wang dan anda perasan bahawa anda berasa murung, anda boleh mandi air panas dan minum segelas wain untuk menggembirakan diri anda. Tetapi pada remaja, ia lebih sukar daripada itu. Masalah mereka biasanya kelihatan terlalu besar dan terlalu sukar bagi diri mereka. Harapan dan impian mereka menjangkau lebih tinggi daripada awan dan jika mereka diberitahu bahawa mereka tidak cukup bagus untuk mencapai matlamat mereka, ini boleh membuatkan mereka berasa tidak berguna, putus asa, sedih, murung dan lumpuh emosi.

Seringkali, kemarahan adalah emosi yang menemani kemurungan. Perasaan marah boleh hilang dan muncul semula kemudian. Ia adalah sesuatu yang datang dan pergi, tetapi bagi perasaan murung, ia biasanya kekal selama beberapa hari, minggu, bulan atau tahun. Adalah penting bagi seseorang itu membuang perasaan ini secepat mungkin. Kadang kala, perasaan ini terlalu dalam hinggakan ia menjejaskan aspek-aspek kehidupan yang lain. Pelajaran mereka terjejas, mereka mula kehilangan kawan dan memberi kesan negatif kepada sesiapa sahaja yang mereka jumpa dalam kehidupan seharian mereka. Ini membuatkan hidup mereka lebih murung daripada sebelumnya, dan memburukkan lagi keadaan. Sebagai ibu bapa, kita haruslah sentiasa memerhatikan tingkah laku yang aneh ini. Jika kemurungan dibenarkan tinggal lebih lama, ia boleh diklasifikan sebagai ‘kemurungan’.

Secara amnya, terdapat tiga jenis kemurungan. Satu jenis ialah yang dipanggil kemurungan major. Seorang kanak-kanak yang mengalami major depression tidak berupaya merasa keseronokan atau kebahagiaan. Dia sentiasa merasa seperti dunia ini sentiasa menentangnya. Tidak kira apa yang anda lakukan, anak anda akan terus berapa sedih dan murung. Jenis kemurungan ini kekal lama dan boleh menjejaskan kanak-kanak ini pada setiap jam setiap hari. Ini menyebabkan tinggal dengan mereka agak membimbangkan.


     Satu lagi jenis kemurungan dipanggil dysthymia. Apabila seorang kanak-kanak merasa sedih dan murung dan kemudian gembira secara bertukar ganti sepanjang satu tempoh masa tertentu seperti satu tahun contohnya, anak anda mungkin mengalami dysthymia. Kebiasaannya, kemurungan jenis ini mudah diubati dan ibu bapa boleh membantu anak-anak mereka merasa bahawa ada lebih lagi dalam hidup ini daripada perkara-perkara menyedihkan yang dialami mereka. Biasanya, remaja merasa bahawa masalah mereka tidak boleh diselesaikan dan mereka sentiasa berenang melawan arus. Dengan membantu mereka memahami gambaran sebenar dan memberikanmereka harapan dapat membantu menyelesaikan masalah ini dengan mudah.

     Jika anda akhirnya telah dapat tahu mengenai kesalahan atau tabiat buruk yang cuba disembunyikan oleh anak anda, jangan cuba memburukkan keadaan dengan berpura-pura bahawa ia adalah perkara kecil. Memang benar, anda tidak mahu mereka merasa lebih teruk dengan memperbesar-besarkan perkara itu, tetapi dengan berpura-pura bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan akan hanya menghantar mesej bahawa apa yang mereka rasakan itu adalah bodoh dan hanya membuang masa anda sahaja.

     Anda seharusnya meluangkan lebih masa dengan anak remaja anda, berbual-bual dan menganalisa perkara-perkara yang mengganggu fikiran mereka. Dia seharusnya dibenarkan bercakap lebih banyak dan anda sepatutnya menjadi pendengar. Jangan berpura-pura bahawa masalah ini akan hilang begitu sahaja. sedarlah bahawa ia adalah satu halangan dan beritahu dia bahawa anda sentiasa bersamanya untuk mengatasi masalah ini. Anda sendiri tidak seharusnya berasa murung. Mengetahui bahawa anak anda mengalami kemurungan boleh membuatkan anda murung, dan anda akan tertanya-tanya adakah itu silap anda. Kuatkan semangat untuknya semasa dia cuba mengenalpasti jalan penyelesaiannya. Ini bukan salah sesiapa dan ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Beritahu dia berulang kali bahawa anda sentiasa di sisinya apabila dia memerlukan anda, dan jangan jemu berkata demikian. Jika dia tidak memperdulikan anda, teruskan memberitahunya bahawa anda bersedia membantunya. Lama-kelamaan mesej ini akan masuk juga ke kepalanya. Tetapi berhati-hatilah supaya tidak masuk campur dalam kehidupannya.

     Salah satu cara menangani kemurungan ialah dengan membuatkan seseorang yang murung itu merasa bahawa perasaan mereka penting kepada orang lain, terutamanya kepada seseorang yang menyayangi dan mengambil berat tentang mereka. Ini termasuklah ibu-ibu dan bapa-bapa.

No comments:

Post a Comment