

Buli
bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk
menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan
mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain
yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam
bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas
mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan
harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang
tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh
mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.
Disember
2013 – Kisah yang paling menggemparkan berlaku pada tahun lalu sekitar 13
Disember 2013 melibatkan seorang pelajar pelajar lelaki Maahad Tahfiz Kok Lanas
yang dikatakan menggantung diri dengan keadaan separuh bogel(tidak berseluar)
di dalam tandas asrama. Menurut laporan polis, mayat dijumpai oleh penyelia
asrama, Zul Atfi Mohamad, ketika beliau membuat rondaan sekitar asrama sebelum
terhidu bau busuk di tandas di tingkat bawah. Walaubagaimanapun, pihak polis
mengklasifikasikan tragedi ini sebagai mati mengejut dan punca sebenar masih
tidak diketahui.
Februari
2014 – Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun maut selepas meminum sebotol
racun serangga dipercayai akibat tertekan kerana sering dibuli di sekolahnya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 malam tadi, mangsa, T. Kavinraj mati ketika
menerima rawatan di sebuah klinik selepas meminum racun yang disimpan di dalam
tandas di rumahnya di Seksyen 6, Bandar Rinching, Semenyih. Menurut ibu si
mangsa, B. Thanamalar, 43, berkata mendiang T. Kavinraj sebelum ini sering
mengadu dibuli rakan-rakan sejak mula mendaftar sebagai pelajar tingkatan satu
di Sekolah Menengah Bandar Rinching pada Januari lalu.
Buli
di media sosial turut menjadi satu isu baru-baru ini dengan ejek-mengejek dan
menghina seseorang individu di laman tersebut. Buli kepada wanita juga
menjadi-jadi kebelakangan ini. Menurut portal berita tempatan, seorang peserta
wanita bagi peraduan mencari angkasawan kedua negara Axe Apollo Malaysia telah
dibuli di laman Facebook dan rata-ratanya memberikan komen berunsur seksis dan
memperkecilkan kebolehan wanita.
Kes
buli di sekolah telah menimbulkan suasana yang tidak selamat di sekolah. Hampir
setiap hari di setiap sekolah di serata dunia akan menghadapi masalah dalam
mendisiplin pelajar-pelajar mereka. Di Malaysia, kita boleh lihat sendiri
gejala buli berlaku dalam sesebuah komuniti. Kes buli ini menimbulkan
kebimbangan dalam kalangan masyarakat khususnya ibu bapa.
Teringatkah
anda peristiwa kematian pelajar , setelah koma lapan hari akibat dibelasah
sekumpulan remaja berhampiran sekolah di Cheras gara-gara berebut kekasih, pada
tahun 2009. Hancur luluh lagi kerana kita sering mendengar berita demikian dan
kes buli tidak ditangani dengan sewajarnya hingga kini.
Siapa
yang patut bertanggungjawab terhadap masalah buli yang berlaku kepada remaja
dan juga kanak-kanak? Ibu bapa? Pihak sekolah? Peranan ibu bapa dan guru-guru
amat penting untuk memantau kawan-kawan kepada anak-anak mereka dan memastikan
mereka tidak terjebak dengan geng buli. Guru-guru harus membantu memberitahu
ibu bapa jika ada yang tidak kena. Ini kerana di sekolah anak-anak kita
berkelakuan tidak sama di rumah. Kalau di rumah, pijak semut pun tak mati maka
menyebabkan ibu bapa tidak mempercayai jika ada anak-anaknya terlibat dengan
kes buli. Bila ditanya pada anak-anak yang terlibat maka alasan seperti
kesibukan ibu bapa yang mengabaikan mereka.
JENIS-JENIS
BULI
Buli
fizikal – Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik
rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan.
Paling ganas boleh menyebabkan kematian.
Buli
mental – Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa
pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior
yang membuli. Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media
massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah.
No comments:
Post a Comment