Pertama sekali, saya sedih sangat bila melihat berita gejala sosial zaman sekarang yang begitu serius yang harus diberi perhatian. Ini terutamanya, begitu penting bagi setiap ibubapa atau penjaga dan juga guru-guru sekolah pada masa kini.
Bukan nak cakap semua ibubapa tidak
bertanggungjawab atau tidak prihatin, tetapi pada pendapat saya, masalahnya
bermulanya daripada mereka. Remaja membesar melalui ibubapa yang dari awal
jejak kaki mereka hinggalah ke satu peringkat remaja sehingga kini.
Saya nak highlight dekat sini, setiap
tingkah laku ibubapa, cara percakapan mereka, cara mereka menyelesaikan sesuatu
masalah dalam keluarga, cara mereka mendidik melalui pelajaran dan juga moral
dan sebagainya. Memang banyak boleh dikatakan yang positif, tetapi bukan sekadar
senaraikan sahaja bahkan, setiap perkara tersebut adalah satu inspirasi bagi
setiap remaja.
Contoh yang saya nak bagi kat sini, cara
ibubapa hormat kepada orang tua, cara mereka berbual dengan rakan mereka, dan
perkataan yang digunakan dan juga cara mereka berkelakuan di dalam dan di luar
rumah.
Dari segi Ibubapa, mereka sejak awal lagi
mengajar dan membezakan kepada anak-anak mereka antar kebaikan dan keburukan.
Maka, semakin anak mereka membesar, setiap kali menjadi "role model"
mereka dan menjejaki mereka selalu dalam setiap detik anak mereka. tidak
merasakan mereka merasa bersendirian dan tidak diberi perhatian. Ini yang
menyebabkan mereka melangkah ke peringkat mendengar kepada rakan mereka dan
mengikut jejak rakan mereka. Dari awal lagi ibubapa harus mengetahui
rakan-rakan anak mereka. Biarlah ibubapa menjadi kawan sendiri kepada anak
mereka. Bukan seluruh masa begitu, setiap situasi ialah berbeza untuk
perhatikan mereka.
Kepada ibubapa yang suka sangat mengawal
anak-anak mereka seperti tidak percaya, tidak memberi mereka keluar dengan
rakan, terlalu garang dan fokus kepada pelajaran mereka setiap saat, ini semua
menyebabkan remaja stress dan akan memulakan langkah mereka ke gejala sosial.
Contohnya, keluar pada waktu malam, ponteng sekolah dan lepak dikawasan luar
sekolah, mencuba perkara-perkara yang negatif, menunjukkan kemarahan remaja
pada remaja lain atau pelajar lain. Guru sekolah tidak begitu boleh mengawal
perkara ini kerana remaja kini sanagt tidak beradab kepada yang terlibat dalam
gejala sosial ini. Membuatkan guru sekolah senyap terus dengan bahas yang
diperkatakan oleh remaja sekolah itu apabila ditegur.
Isu-isu sosial yang sebahagian daripadanya
melibatkan golongan Orang Kurang Upaya, wanita, remaja dan kanak-kanak yang
tidak lari dari terjerumus dalam kancah gejala sosial ini. Jadi, ini cuma
pendapat saya dari segi pengalaman saya yang pernah lalui. Kejadian salah laku
pelajar seperti bergaduh, menyerang, membunuh, membakar sekolah kerap
dipaparkan di muka akhbar dan ditelevision.
Kehadiran gejala sosial ini sama dengan
perkembangan kemajuan negara dan memberi implikasi besar kepada kesejahteraan
hidup individu masyarakat dan negara. Harap gejala sosial ini akan berkurang,
dan manusia dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk untuk kehidupan
yang lebih baik dan masa depan yang cerah.

Setuju :)
ReplyDeleteHard Rock Casino Hotel, Laughlin NV, US - Mapyro
ReplyDeleteDriving directions to Hard Rock Casino Hotel, 청주 출장안마 Laughlin, NV, 서산 출장안마 10020 North Las Vegas Blvd, Las Vegas 부산광역 출장마사지 Driving 당진 출장마사지 directions to Hard Rock Casino Hotel, 공주 출장마사지 Laughlin